jom klik

Saturday, May 8, 2010

~Coxsackie~

Hari jumaat yg lalu syifa disahkan oleh dr mengidap coxsackie or HFMD mulanya aku ngan hubby ingat campak jew, tau2 kna benda-alah tu la plk.....ya allah.....berat sungguh dugaan yg menimpa, bru ja kedua2 permata kami sembuh drp penyakit yg lalu, kni dtg menimpa lg....

Menitis air mataku memikirkan dugaan yg datang menimpa keluargaku, hanya pada allah ku mohon kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segalanya.........sian kt syifa, slalu nangis tiap kali nk mkn ngan minum......
Dr g tau kt aku yg penyakit nie xda ubat yg tertentu utk penyakit nie, dier bg ubat mulut, ubat sapu utk ruam yg timbul ngan ubat selsema sbg ubat tido klu dia meragam, so blk umah aku google carik n jumpa :

1. Apa itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?
HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini terdapat diseluruh dunia. Di negara yang beriklim 4 musim, penyakit ini sering terjadi pada musim panas. Di negara tropika, kejadian penyakit ini berlaku sepanjung tahun. Penyakit ini sering menyerang bayi dan kanak-kanak kecil. Penyakit ini biasanya tidak teruk dan akan sembuh dalam masa 5 – 7 hari. Namun kadangkala penyakit ini boleh menyebabkan penyakit serius jika menjejaskan jantung atau otak yang memungkinkan kematian.

2. Apakah tanda-tanda HFMD.
HFMD ditandai oleh: o Demam – dimulai dengan demam ringan, rasa tidak sihat dan hilang selera makan o Ruam dan blister (melepoh) di tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kadang di punggung (nappy area), lutut dan siku; selepas 1-2 hari demam bermula. o Melepoh (blister) di bahagian dalam pipi/mulut; selepas 1 – 2 hari demam bermula. o Ulcer mulut yang sakit

3. Adakah penyakit HFMD sama dengan Penyakit Kuku dan Mulut?
Walaupun namanya hampir sama tetapi penyakit Kuku dan Mulut adalah sama sekali penyakit yang lain dan disebabkan oleh virus yang berbeza, tiada kaitan dengan HFMD. Penyakit Kuku dan Mulut adalah penyakit yang menyerang lembu, kambing dan khinzir.

4. Apakah penyebab HFMD?
Penyakit HFMD disebabkan oleh sekumpulan virus dalam kumpulan enterovirus. Virus yang paling sering menyebabkan HFMD adalah Coxsackievirus. Kadang-kadang HFMD disebabkan oleh Enterovirus 71. (Lain-lain virus dalam kumpulan enterovirus adalah poliovirus, coxsackievirus, echovirus dan lain-lain enterovirus)

5. Adakah HFMD ini serius?
Lazimnya HFMD adalah penyakit ringan. HFMD yang disebabkan oleh Coxsackievirus menunjukkan gejala ringan dan pesakit akan sembuh tanpa rawatan. Jarang sekali jangkitan Coxsackievirus menyebabkan viral meningitis dan memerlukan kemasukan ke hospital. Jangkitan Enterovirus 71 (EV 71) boleh menyebabkan viral meningitis dan kadangkala gejala yang lebih serius seperti encephalitis atau kelumpuhan menyerupai poliomyelitis. Encephalitis yang disebabkan oleh EV 71 boleh menyebabkan kematian.

6. Adakah HDMD ini mudah berjangkit?
HFMD mudah berjangkit (moderately contagious). Penyakit ini merebak dari seorang ke seorang melalui hubungan terus (direct contact) dengan cairan hidung, mulut, air liur, cairan dari blister atau najis pesakit HFMD. Pesakit HFMD boleh merebakkan jangkitan semasa minggu pertama penyakit. HFMD tidak menjangkiti binatang atau merebak dari binatang

7. Selepas terdedah kepada jangkitan, bilakan pesakit menunjukkan gejala?
Biasanya 3 hingga 7 hari selepas seseorang itu terdedah kepada jangkitan, pesakit akan mula menunjukkan gejala HFMD. Demam merupakan gejala pertama HFMD.

8. Siapakah mereka yang berisiko terhadap HFMD?
Semua orang berisiko mendapat jangkitan, namun tidak semua orang akan jatuh sakit. Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun lebih cenderung mendapat jangkitan dan menunjukkan gejala penyakit. Ini disebakan mereka dalam kumpulan umur ini masih belum lali (belum immune) terhadap penyakit ini. Jangkitan yang berlaku akan meninggalkan imuniti terhadap virus berkenaan. Namun individu boleh mendapat penyakit HFMD kali kedua/seterusnya jika dijangkiti virus HFMD yang lain.

Tp arini dh npk perubahan, kesan ruam dah kering, tinggal ulcer dlm mulut ja lg, tu pon dh tinggai sket ja lg......sabar yea sayang, cepat sembuh ek.....



2 comments:

Nurul Ayu said...

syifa dah sembuh belom??kesian kat dia...

thasya said...

dh ok sket, tp ada lg ulcer kt bwh lidah dia.....

c