jom klik

Saturday, October 22, 2016

Cabaran dalam mencabar diri

Dalam tempoh ini nrl perlu kuatkan diri demi anak-anak, sejak pemergian suami.
Walaupun nrl telah biasa menguruskan beberapa benda sendirian namun bila bercerita berhubungan hal-hal anak-anak, arwah suamilah yang memainkan peranan penting kerana nrl lebih sibuk menguruskan hal rumah dan putera terakhir kami yang sekarang baru berusia 1tahun 3bulan.

Syafiq yang begitu rapat dengan arwah mula membuat perangai, seperti mahukan perhatian yang lebih, ibu faham tapi maaf sayang ibu tak mampu untuk manjakan sesiapa pada saat ini. Adik masih kecil sayang, adik tak berpeluang mengenal ayah seawal umurnya 10bulan, ibu juga perlu kuatkan kamu dan kakak untuk ibu titipkan adikmu nanti sayangku. Mungkin sekarang kamu tidak faham namun beberapa tahun lagi kamu akan faham sayangku.

Mencabar diriku untuk membuat lebih daripada kemampuanku kerana tahun ini adalah tahun akhirku untuk menamatkan pembelajaranku. Pernah suatu saat inginku kuburkan segalanya, namun bila mengingati kembali janjiku pada suamiku bahawa hanja jalan ini yang mampu merubah nasib kami sekeluarga, ku gagahi jua.

Perkara yang amat sukar untukku perangi adalah tabiatku untuk tidak mahu melakukan sesuatu di luar kotak kehidupan harianku. Kalau dahulu arwah ada, dia yang akan menguruskan anak-anak sementara nrl membuat ulangkaji, tugasan, dan persediaan peperiksaan. Namun sekarang nrl perlu bijak mencari peluang masa untuk melakukan aktiviti itu. Berat abang, terasa berat sangat-sangat nrl rasakan.

Nrl akan cuba sedaya upaya abang untuk perangi perasaan negatif demi masa depan anak-anak. Walaupun nrl lambat menyesuaikan diri dengan keadaan, namun nrl takkan mengalah dan menyerah tanpa berusaha. In shaa Allah nrl akan terus berjuang sehingga sampai waktu Allah pertemukan kita semula....

Jalan-Jalan Main-Main

Menunaikan janji dengan anak-anak


Sakan depa dpt main mcm ni


Rasa tak cukup lengkap, 
selalunya saat-saat begini abang tak pernah miss untuk anak-anak
😢😢😢

Wednesday, October 19, 2016

Kehidupan, Kematian dan Pengharapan

Tiada manusia di dunia ini mahu kehilangan insan-insan yang tersayang. Namun adalah lumrah kehidupan setiap yang hidup pasti akan mati.
Menerima sesebuah kehilangan adalah sesuatu perkara yang amat memeritkan. Satu persatu insan yang tersayang kembali kepada-Nya. Membuatkan kadang-kala kita terfikir apakah dosa yang telah dilakukan hinggakan insan-insan yang sayang hanya dipinjamkan seketika sahaja. Keredhaan dan kesabaran adalah kunci ketenangan abadi. Namun adakah aku mampu mencapai tahap itu?

Bermula dengan pemergian anak saudaraku Nur Aqilah pada 2007, pemergiannya yang ku anggap sebagai penamatan kepada penderitaan yang di tanggung sejak kau dilahirkan. Syurga adalah jaminan buatmu sayangku....

Penghujung tahun 2007, abah dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dalaman oleh ulser perut yang serius, yang mana dari segi perubatan memberikan peratusan untuk sembuh adalah 50% sahaja. Alhamdulillah kesihatan abah semakin baik dan aku mendapat peluang untuk menjaga abah selama 2 minggu sebelum abah 'nampak' pulih. Namun langit yang cerah hanya seketika sahaja, di saat kegembiraan melihat kesihatannya semakin pulih, abah pantas di jemput ilahi pada Februari 2008.

Sebagai pengganti dan pengubat luka d hati, aku dikurniakan zuriat keduaku pada November 2009. Namun aku dan suami diduga apabila Syafiq disahkan mengidap asma seawal umurnya 6 bulan. Sejak umurnya 2 bulan, Syafiq akan dimasukkan ke hospital hampir setiap bulan kerana mengalami bronchitis dan pneumonia. Kami sekeluarga di minta melakukan saringan ujian darah bagi menentukan sama ada mempunyai thalassemia atau tidak. Alhamdulillah aku, Syifa dan Syafiq bebas daripada thalassemia. Namun keputusan ujian darah suami didapati sebagai pembawa thalassemia alpha dan ianya tidak akan menjejaskan kesihatan keluarga kami kerana aku bebas daripada thalassemia.

Pada 29 Ogos 2010, mak pula telah pulang ke rahmatullah. Sebelum itu mak disahkan oleh doktor mengidap hepatitis dan memerlukannya mengambil ubat-ubatan tambahan di samping ubat kencing manis yang telah lama mak alami.

Aku bagaikan dedaun yang layu tanpa siraman kasih sayang ibu dan ayah. Namun aku kembali bangkit di saat Syafiq memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi. Alhamdulillah pada usianya mencapai 1 tahun setengah, tahap kesihatannya bertambah baik dibawah jagaan kakak iparku. Di bawah jagaannya jugalah alhamdulillah Syafiq disahkan bebas daripada asma pada usia 3 tahun setengah.

Pada saat aku disahkan hamil zuriat ketiga kami, suami pula di serang penyakit gout. Kesakitan yang dialami oleh buka kepalang. Namun alhamdulillah, di saat aku melahirkan puteraku Syahmi pada Julai 2015 kesakitan suami telah hilang. Kami hanya menganggapnya sebagai alahan pembawakan budak. Aidilfitri tahun 2015 juga disambut dengan sederhana kerana aku dalam tempoh berpantang. Jasa ahli keluargaku yg lain membantu dalam penyediaan juadah dan memberi sinar perayaan dalam hidup anak-anakku takkan aku dan suami lupakan. Saat itu aku bersyukur pada ilahi melihat suamiku berusaha menjaga aku selama 2 minggu pertama berpantang. Memasak, membasuh, menyidai, melipat dan melayan karenah aku dan anak-anak.

Pada 27 April 2016, suami pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami batuk darah. Setelah di rawat, didapati terdapat 3 saluran jantung yang tersumbat. Inilah permulaan kami mendapatkan rawatan tradisional dan kampung untuk kesembuhannya. Selama 3hari di rumah, suamiku berusaha mendapatkan rawatan tradisional.

Namun suamiku dimasukkan semula ke hospital pada awal Mei 2016 kerana mengalami kehilangan darah yang agak mendadak. HB suamiku ketika itu hanya 6.8 sahaja. Setelah dimasukkan darah baru, HB nya tetap tidak berubah. Setelah dimasukkan darah beg yang ketiga barulah HB naik 8+. Setelah sekali lagi membuat echo, saluran yang tersumbat sebelum itu telah tiada. Oleh kerana terlalu lama di hospital, doktor membenarkan suamiku pulang kerana risau dijangkiti penyakit wad.

Selepas melakukan skop melalui mulut, suami mengajak aku pergi makan berdua dengannya. Pada hari itu 26 Mei 2016, terkejut aku melihat suamiku boleh berjalan jauh. Sangkaan aku suami semakin sembuh, namun meleset.
Pagi 28 Mei 2016 aku perlu menghadirkan diri ke kursus, namun aku batalkan kerana melihat suami nampak lemah. Setelah dipaksa makan, selepas suapan pertama, suamiku mulai muntah. Untuk elakkan dia muntah, aku buatkan jus epal sebagai lapik perut, namun suamiku masih muntah-muntah. Melihat suamiku menangis-nangis memohon maaf pada anak-anak kerana melihat dia dalam keadaan itu, aku memohon pertolongan kakak iparku untuk menjaga anak-anak. Aku meminta suami untuk di bawa ke hospital, namun di tolak olehnya atas alasan "abang xmau masuk wad 5". Kakak, abang dan iparku menyuruh aku panggil ibu dan adik suamiku datang.

Mulanya suamiku persoalkan kenapa aku panggil semua datang. Selepas itu, suamiku mula meminta maaf daripada semua, mohon halalkan air susu daripada ibunya, memanggilku dan mengucup pipiku kanan dan kiri dan mengucapkan "maafkan abang..abang sayang nurul sangat-sangat....abang ada masa lagi 3 jam". Pada saat itu hanya aku mampu katakan "abang tak mau merepek macam tu, abang zikir, mengucap abang". Melihat keadaan suami yang semakin lemah, kami sekeluarga membawanya ke hospital. Suamiku sempat katakan pada aku, "nurul, tengok ni depa cucuk-cucuk, tu yang abang xmau mai". Sayu dan sedih aku lihat berbekas biru-biru, cuma aku katakan padanya "kna masuk air abang, abang tak cukup air". 
Pada saat itu bacaan HB semakin menurun, hanya 3.5 sahaja. Saat aku melihat kelibat Dr Nge Chee Seng, aku memohon dia melihat suami, dia meminta kebenaranku untuk intubate sebagai langkah keselamatan. Entah kenapa pada saat itu aku berdoa pada Allah, "andai suamiku sembuh, kau sembuhkanlah, namun andai ini penyiksaan buatnya, kau ambillah dia dengan cara baik, aku redha". Semasa diberi peluang untuk rapat disisinya di kecemasan, pada saat itu aku berbisik di telinga suamiku, "abang mengucap abang, sekarang yang penting abang fikir untuk diri abang, pasal anak-anak abang jangan risau, nurul ada, in shaa Allah nurul dapat uruskan". 
Bila doktor cakap berdoa dan berharap pada keajaiban, nurul mula berharap semula untuk abang kembali, kerana sebelum-sebelum ini abang tetap kuat.
Maafkan nurul abang, tatkala nurul masih berpaut pada abang walaupun mulut nurul berkata redha. Tenanglah abang di sana. Al-fatihah buat abang, abah, mak dan Aqilah... semoga damai dan tenang di sana, hanya sedekah jariah yang dapat nurul salurkan buat kalian di sana.
Walaupun jasad berkata "aku okay" namun hati ternyata kosong. Namun begitu aku gagahkan jua demi anak-anak. Biar berat, akan nurul jaga amanah yang abang tinggalkan. Itu janji nurul pada abang saat nurul minta abang lepaskan segala-gala di dunia.
Biar anak-anak melihat aku menyinga dalam mendidik mereka. Harapan aku agar aku dapat membekalkan ilmu dunia dan akhirat pada anak-anak sebelum tiba saat aku pula nanti. Mengajar erti kesusahan dalam pencapai sesuatu. Namun aku masih mengumpul kekuatan agar dapat meneruskan segala-galanya. Doaku pada anak-anakku agar meraka dapat menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan taat pada setiap suruhan Allah...in shaa Allah...amiinn...

Monday, April 11, 2016

Marriage Quotes

Marriage
Its about things that need to do together
Always hold hand in hand
Cooperative in everything
Understand each other
Always be a shoulder for your partner
Become a motivator to support your partner

But not...
Blaming your partner for thing's that happened
Pin pointing you partner weakness
Left your partner to do things on their own

Cherished things that you have before its gone
Always expressed your love to partner
Once its gone there's no turning back in time to fix it...

Friday, February 12, 2016

Homemade Blackpepper Marinade Recipes

Hi guys n' gurls,

Just wanna share this new recipe that I've tried.

5 cloves of Garlic
1 teaspoon full of Black Pepper (used 1tablespoon full if you want extra hot result)
4 tablespoon full of Oysters Sauce
2 tablespoon full of Chilli Sauce

1. 1st, fry the black pepper n' garlic until the garlic looks golden brown.
2. Before you mashed all the ingredients, you must fomerly drained the oil.
3. After that, mashed all the fried ingredients until it formed thick creamed.
4. Mix the ingredients with oyster n' chilli sauce.

Nahhh....now you get the perfect homemade blackpepper marinade.

This recipe can be used for 3 slice of lamb chop

As for the dipping sauce you can cook the marinade leftovers for about 5 minutes. Its just simple as 1, 2, 3....



This is my chicken blackpepper marinade. 



Hope you all loved if...baibai....
c