Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung (boleh ganti dengan minyak zaitun)
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1/2 cawan almond cincang
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A dan pukul adunan hingga kembang dengan menggunakan mixer. 

Kemudian ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar(tapi saya guna cuka). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan mixer hingga sebati. Selepas itu, masukkan walnut, almond dan chocolate chips. Adunan akan kelihatan agak lembik.

Sudukan adunan atas loyang pembakar secara berjarak kerana biskut akan kembang. Loyang tidak perlu di sapu dengan mentega kerana biskut tidak akan melekat.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 15 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.