jom klik

Monday, August 10, 2020

Laksa Lemak Ala Siam/Thai

Resipi Laksa Lemak Ala Thai

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
  • 1 kg ikan kembung / selayang
  • 2 sudu cili giling
  • 2-3 tangkai daun pudina
  • 2-3 helai daun limau purut
  • 3-4 cawan santan (saya guna santan kotak 200ml)
  • Air secukupnya
  • 10 biji cili padi merah*
  • 10 biji bawang merah*
  • 1 labu bawang putih*
  • 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci halia*
  • 2 inci kunyit*
  • Belacan*

Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar

Bahan Ulaman

  • Daun pudina
  • Daun salad
  • Taugeh
  • Daun samak /pucuk janggus (kalau ada)
  • Timun

Cara-cara

Ini pula cara nak membuatnya, memang senang sangat.

1. Rebus Ikan

Mula-mula, rebuskan 1 kg isi ikan kembung / selayang. Bila agak-agak dah masak, biarkan sejuk sedikit dan asingkan isinya daripada tulang.

Kalau tak nak kuah berwarna gelap / hitam, jangan ambil air tulang ikan ya. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bagi kuahya kuning.

2. Kisar Bahan Tumisan

Seterusnya, kisarkan bahan-bahan yang bertanda * dalam senarai bahan di atas. Lepas itu boleh panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar tadi bersama cili giling, tp den guna cili ijo (cili padi).

Kacau sampai naik bau. Pastikan cili giling betul-betul masak sekiranya menggunakan cili giling.

3. Masukkan Isi Ikan

Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar awal tadi.

Kemudian masukkan serai yang diketuk. Teruskan kacau hingga sebati.

4. Masukkan Santan

Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair.

Perasakan dengan garam dan gula.

5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut

Akhir sekali, untuk memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.

Masak sampai mendidih sambil dikacau. Ingat, kena kacau selalu supaya kuah tak berketul-ketul. Tunggu hingga mendidih dan kemudian boleh tutup api.

6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman

Sediakan bahan ulaman seperti dalam senarai di atas dan sedia untuk dinikmati bersama laksa yang telah direndam / direbus hingga empuk.

Things that lies inside

Where do you turn to
When you're hurt, when you're sad
It's been a long time
When the smile came up, came chear things up

Miss those time 
When the loved ones
Were all around
Always there to comfort
Bring joy to your life

People keep judging you
For the things they see
They don't know what lies inside
That keep burning you're heart away
Pushing you through the limit line
That make you lay down on the ground
Keep thinking that you never gonna get up again

Hey you
Don't keep judging
Come down and feel
The burning heat inside
So you would understand
What I've been through inside
c