jom klik

Saturday, December 14, 2013

◆¤◆ KEBAB DAGING - 1ST TRIAL ◆¤◆

Disini saya nak share resepi Kebab Daging yang saya buat untuk dinner aritu...

Kebab Daging...
  
Bahan-bahan ( 4 orang )

Daging Cincang 250gm
Mix Vegie 1/2 paket kecil
Bawang Besar (potong dadu)2 biji  

Bawang Putih (cincang) 4 ulas  
Lada Hitam (ditumbuk halus) 1 sudu kecil  
Roti Pita 2 keping  
Sos Cili dan Tomato (banyak mana ikut citarasa masing2)
Mayonis dan Garam secukup rasa

 

Cara Membuatnya
tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau..







 


 

kemudian masukkan daging.. goreng hingga daging masak..
masukkan lada hitam, sos cili, tomato garam dan sesuaikan rasa.. 





 

masukkan pula mix vegie.. kacau rata..
 







 


apabila sudah rata,
belah 2 roti pitta dan masukkan inti daging kedalamnyer.. 











Dah siap......dapat 5, sebab inti tak masukkan penuh, penuh...hehehe

Pelajar Tahfiz, Bunuh Diri Atau Mati Dibunuh??


Nampaknya dah macam-macam spekulasi timbul berikutan penemuan mayat pelajar Tingkatan 4 Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman di tandas sekolah tersebut kelmarin.
Terbaru ada yang mendakwa keputusan bedah siasat mengesahkan memang Wan Ahmad Faris sebenarnya telah dibunuh terlebih dahulu!
Wah, ini dah lain macam.
Sebenarnya memang ada kecenderungan seseorang pembunuh yang akan cuba menutup perbuatannya dengan menggantung mangsanya, ini bagi mengaburi perbuatan tersebut dari pihak berkuasa…seolah-olah mangsa membunuh dirinya sendiri.
Dalam rekod jenayah negara, kes seperti itu pernah dikesan dalam siasatan pembunuhan kejam seorang wanita di Pulau Pinang oleh teman lelakinya.
Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis.
Ini penting untuk mengelakkan kes ini daripada terus menjadi bualan dan spekulasi dari orang ramai.

Sumber : http://terengganutoday.com/muka-hadapan/kisah-sebenar-di-sebalik-kematian-pelajar-tahfiz-di-kelantan
c