jom klik

Thursday, May 7, 2015

HYPNOBIRTHING : Teknik Pernafasan yang Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin

Assalammualaikum.....
         Memikirkan berkaitan hal bersalin, macam-macam perkara yang buatkan Sya agak sedikit risau. Iyer la kan, it's been 5 1/2years Sya berdepan dengan keadaan bersalin, mampukah? kuatkah? teknik apa yang sesuai? cara mengurangkan sakit contraction? dan macam-macam lagi.

      So.....Sya amik sedikit masa search berkaitan bagaimana ingin kurangkan sakit bersalin. Hypnobirthing adalah merupakan salah satu teknik yang telah lama diamalkan sebelum ini bagi mengurangkan kesakitan bersalin yang dialami oleh para ibu-ibu.

         Hypnobirthing adalah merupakan cara untuk melatih minda separuh sedar untuk lebih tenang ketika menghadapi proses kelahiran. Dalam teknik Hypnobirthing, para ibu diajar teknik pernafasan dan relaksasi yang dapat mengurangkan tekanan emosi dan rasa sakit semasa bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan.

         Disini Sya nak share sedikit info yang Sya dapat daripada blog http://yusofyaakob.com/hypnobirthing-teknik-bersalin-tanpa-sakit/

3 Jenis Teknik Breathing

Sleep breathing
Tarik nafas 1-10 dan lepaskan pada kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk membekalkan oksigen yang cukup kepada bayi. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan menjadi panik dan takut. Oleh itu, cuba bertenang bila contraction datang.

Baloon breathing
Tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon, tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan ke dalam belakang tekak seperti  dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga. Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze). Perkara ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan serviks dan melambatkan proses kelahiran.

Fikirkan LET IT GO! LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.

Bila surge tu datang, tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ke kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation ataupun berzikir.

My body is strong! i am strong mother! My baby is good!

Birth breathing
Tarik nafas dalam-dalam pada kiraan 1-20 dan lepaskan ke dalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit. Cubalah! pasti tak buasir .

Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.

Jangan Takut
Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dihantui dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormon Endorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.

SOALAN YANG KERAP DITANYA

Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?
•Hasil google dari blog-blog
•Website
•Gentle birthing
•Buku parenting

Apa rahsia tak rasa sakit?
•Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
•hormon endrorphin – mengurangkan rasa sakit.

Pantang larang hypnobirthing?
•dont fight with your body.
•Dont freeze. Let it go.
•Dont practise last minute. Tak kan jadi. It’s all about mindset

Apakah faedah hypnobirthing?
•Minimakan risiko di c-zer.
•Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
•Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
•Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
•Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
•Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.


Shortform and similar word :
•BP – Blood pressure
•Surge = contractions
•GBS – group B streptococcus
•VE – Vaginal examination
•CTG – Cardiotography
•SVD – Spontaneos Vaginal delivery
•Induction –  bersalin dengan bantuan ubat seperti cyntocin untuk memulakan pelahiran
•Active labour – bukaan semakin besar dan kontraksi semakin kerap dan berpanjangan dari 60-90 saat.
•EDD -Estimated Date of Delivery
•Vaginal swab- sejenis ujian terhadap vagina dengan mengambil sedikit cecair dari dalamnya untuk mengenal pasti jangkitan. Ujian tersebut dibuat dengan menggunakan cotton bud
•Oxytocin- hormon yang menggalakkan contraction
•Endorphin -hormon yang mengurangkan rasa sakit
•Penisilin – sejenis antbiotik yang didapati dari kulat penisilium untuk merawat jangkitan di beberapa bahagian tubuh
•Cyntocin/ Syntomentrine – hormon sintetik seperti oxytocin untuk mencetuskan kontraksi samada semasa bersalin ataupun mengeluarkan plasenta.

4 comments:

Cik Ann said...

salam..tengah cari banyak2 info pasal hypnobirthing..sebab pengalaman anak ke2 buat jadi takut nak beranak kali ni..

thasya said...

Xper, teknik ni boleh meminimumkan kesakitan, di samping itu zikir juga penawar paling mujarab bagi umat islam...in shaa Allah

HANIS AFIQ said...

assalam.. sy nak tny untk birth breathing exhale ke dalam mulut atau exhale melalui hidng.?

Mama Mfasna said...

Macam saya buat exhale melalui mulut.

http://catatankumama.blogspot.com/2018/04/pengalaman-bersalin-paling-mudah.html?m=1

c