jom klik

Tuesday, April 28, 2015

KHASIAT JUS PATI DELIMA

Assalammualaikum.....
Bila mengandung kali ini selalu rasa kurang bertenaga, letih je....banyak member2 rekomenkan minum pati jus delima. So at last, Sya bli gak Jus Pati Buah Delima Yusof Taiyoob. Pekat gila kot...tapi sedap, rasa dah macam ribena tapi ada kelat2 sket. Sya beli di Hasani dengan rega RM15.90 termasuk GST yea. Ok....jom kita share sket khasiat jus pati delima ni.


Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga .Buah Dellima disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran. Nama Saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji.

Antara khasiat pati delima:-

 1.Anti Oksida yang tinggi
 2.Bersifat panas  dan lembab;baik untuk menguatkan perut,tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk
 3.Melegakan batuk dan menghilangkan kahak
 4.Merawat sinus
 5.Menguatkan sistem penghadaman,membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
 6.Mencuci darah kotor
 7.Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya
 8.Menormalkan fungsi hati
 9.Menstabilkan peredaran darah
 10.Merawat cirit birit,sakit telinga,pandangan kabur dan sakit gigi
 11.Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (Melangsingkan badan)
 12.Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout)
 13.Mengelakkan daripada rasa mual (hamil) ,melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
 14.Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi
 15.Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
 16.Menegangkan payu dara
 17.Merapatkan dan menyuburkan rahim
 18.Mampu menurunkan kadar glukosa / gula dalam darah(Kencing Manis)
 19.Mencegah serangan angin ahmar
 20.Melancarkan fungsi buah pinggang
 21.Mengurangkan tekanan darah tinggi
 22.Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
 23.Dikenali juga 'natural viagra' kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki
 24.Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan
 25.Mengeluarkan peluh / toksin
 26.melegakan sakit kepala
 27.Membunuh cacing dalam usus
 28.Menambah darah

Cara -cara pemakanan :
1sudu besar sebelum sarapan dan 1sudu besar sebelum tidur malam.
Bagi mereka yang tidak suka akan rasa masam.boleh dibancuh dengan air.

Penyimpanan:
Simpan di tempat sejuk

1 comment:

sakinah mat said said...

Terima kasih, atas info khasiat delima ni Qaseh Thasya.

c