jom klik

Saturday, November 28, 2020

Kek Gula Hangus

Bahan A:
2 cawan gula
2 cawan air panas
6 sudu besar marjerin (*saya ganti ngan minyak zaitun)

Bahan B:
2 cawan tepung gandum - ayak
4 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
8 biji telur A (*saya ganti ngan saiz C)
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu pekat manis (*kurangkan jadi 1/4)

Cara cara:
Panaskan gula hingga menjadi cair dan berwarna keperangan (yang ni kena jaga, kalau warna gelap sangat akan rasa pahit). Setelah cair, masukkan air panas perlahan-lahan kerana ia akan merecik. Kacau sehingga gula hancur, baru dimasukkan minyak zaitun. Ketepikan. Sementara itu, sediakan bahan B.

Blender telur, esen vanilla dan susu pekat sehingga sebati dan kembang selama 1 minit.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbanat tadi. Masukkan bahan yang telah di blender tadi dan kacau seketika dengan whisk hingga sebati. 

Akhir sekali, masukkan gula hangus yang masih panas tadi dan kacau sebati. Kacau sekejap sahaja. 

Lenser acuan dengan marjerin sebelum memasukkan adunan dalam acuan. Letakkan acuan dalam talam yg telah diletakkan sedikit air.

Bakar pada suhu 150°c selama 55 - 60 minit. Untuk yang ingin menggunakan cara stim@kukusan, kukus selama 50 - 60 minit dengan api yang sederhana.


*Tips, untuk mengetahui kek sudah masak, cucuk bahagian tengah kek dengan menggunakan lidi@cake checker, sekiranya tiada bahan yg melekat pada lidi, itu bermakna kek korang sudah masak.

Kredit 
- Resepi asal daripada blog Azie Kitchen https://www.aziekitchen.com/2019/09/kek-gula-hangus-menggunakan-periuk-noxxa.html?m=1 
- olahan bahan di atas mengikut kesesuaian bahan yang ada di rumah. Selamat mencuba.

No comments:

c