jom klik

Tuesday, March 12, 2013

Apam Polkadots

Baru-baru ni Sya ada try bwt apam polkadots....just nak share dengan korang yang resepi Sya cedok tu memang menjadi klu ikut step yang dia bagi.

APAM STRAWBERI
Resepi : Ain Rusli 
Sumber: Majalah Rasa  

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair 
2 biji telur 
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing 
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas  

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.  

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar.  Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

~~☆☆★★♥♥★★☆☆~~

Apam yang sya buat merekah sikit sebab tak jaga api...huhuhu...

Apa pun selamat mencuba...

No comments:

c