jom klik

Tuesday, January 24, 2012

Hak Wanita - Mahar



Sebaik sahaja diakad nikahkan, hak pertama hasil ijabkabul itu yang perlu kepada
seorang suami terhadap isterinya ialah mas kahwin (mahar).

Mas kahwin adalah satu pemberian yang wajib dibayar oleh seorang suami kepada
isterinya, sama ada dalam bentuk wang ringgit atau harta benda, sebelum, sewaktu
atau setelah akad nikah.

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4 yang bermaksud : Dan berikanlah kepada
wanita- wanita (yang kamu nikah) mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib
diberikan samada dari harta, kadar, bilangan, timbangan, kiraan, sukatan dan
sebagainya. Sabda Rasullullah S.a . w : Berilah (isterimu itu mas kahwinnya) sekalipun
hanya sebentuk cincin besi.

Namun begitu, para fuqaha berpendapat bahawa mas kahwin mestilah terdiri
daripada benda- benda yang mempunyai harga, bermanfaat, yang tertentu, halal
atau apa sahaja yang sah menurut hukum syarak, serta tidak membebankan
pengantin lelaki.

Dalam perkahwinan, lelaki sama sekali tidak berhak mendapat sebarang peruntukan
kewangan sebaliknya si lelaki wajib membayar mahar kepada perempuan. Mahar
tidak semestinya berupa pemberian semata-mata kewangan, sebenarnya apa sahaja harta yang bernilai
dan berharga yang menjadi simbol dan tanda penghormatan suami kepada isterinya.

Mahar dalam peruntukan undang- undang keluarga Islam ialah : Pembayaran kahwin yang wajib
dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan,
sama ada berbentuk wang tunai di bayar dan diakui sebagai hutang atau berbentuk cagaran atau
berupa sesuatu yang mengikut Hukum Syarak boleh dinilai dengan wang ringgit.
Ianya boleh dibayar tunai atau ditangguhkan. Tetapi sekiranya ditangguhkan ianya tetap dinamai
hutang yang mesti dibayar oleh si suami.

Islam tidak menentukan had minimum atau maksimum bagi pembayaran mahar, seeloknya
mengimbangi kemampuan pihak lelaki dan tidak merugikan pihak wanita.

No comments:

c