jom klik
Friday, December 10, 2021
December blues
Saturday, November 28, 2020
Biskut Famous Amos
2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan
3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
Kek Gula Hangus
Monday, August 10, 2020
Laksa Lemak Ala Siam/Thai
Resipi Laksa Lemak Ala Thai
Berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
- 1 kg ikan kembung / selayang
- 2 sudu cili giling
- 2-3 tangkai daun pudina
- 2-3 helai daun limau purut
- 3-4 cawan santan (saya guna santan kotak 200ml)
- Air secukupnya
- 10 biji cili padi merah*
- 10 biji bawang merah*
- 1 labu bawang putih*
- 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
- 2 inci lengkuas*
- 2 inci halia*
- 2 inci kunyit*
- Belacan*
Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar
Bahan Ulaman
- Daun pudina
- Daun salad
- Taugeh
- Daun samak /pucuk janggus (kalau ada)
- Timun
Cara-cara
Ini pula cara nak membuatnya, memang senang sangat.
1. Rebus Ikan
Mula-mula, rebuskan 1 kg isi ikan kembung / selayang. Bila agak-agak dah masak, biarkan sejuk sedikit dan asingkan isinya daripada tulang.
Kalau tak nak kuah berwarna gelap / hitam, jangan ambil air tulang ikan ya. Nanti jenuh nak tambah serbuk kunyit bagi kuahya kuning.
2. Kisar Bahan Tumisan
Seterusnya, kisarkan bahan-bahan yang bertanda * dalam senarai bahan di atas. Lepas itu boleh panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan yang dikisar tadi bersama cili giling, tp den guna cili ijo (cili padi).
Kacau sampai naik bau. Pastikan cili giling betul-betul masak sekiranya menggunakan cili giling.
3. Masukkan Isi Ikan
Selepas itu, masukkan isi ikan yang telah dikisar awal tadi.
Kemudian masukkan serai yang diketuk. Teruskan kacau hingga sebati.
4. Masukkan Santan
Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair.
Perasakan dengan garam dan gula.
5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut
Akhir sekali, untuk memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut.
Masak sampai mendidih sambil dikacau. Ingat, kena kacau selalu supaya kuah tak berketul-ketul. Tunggu hingga mendidih dan kemudian boleh tutup api.
6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman
Sediakan bahan ulaman seperti dalam senarai di atas dan sedia untuk dinikmati bersama laksa yang telah direndam / direbus hingga empuk.
Things that lies inside
Friday, January 31, 2020
Tutorial : Making Your Very Own Cloth Diapers
Assalammualaikum & salam sejahtera...
Ok....disini Sya nak share sikit apa yang sya dapat daripada online. kalau kita nak wat cloth diaper sendiri kita boleh dapatkan daripada website ni :
ni contoh design yang diorang bagi secara free untuk korang DIY sendiri cloth diaper ni. Selain daripada ni, ada lagi design2 lain seperti velcro dan bermacam2 lagi. Tips berkaitan meterial yang korang boleh gunakan pun ada diorang bagi.
tips: material kain korang boleh perolehi daripada Kamdar dan Nagoya. Untuk dapatkan kain PUL korang boleh beli secara online di website
So, untuk para ibu2 yang ingin buat sendiri cloth diaper untuk si manja bolahlah ambil post ini sebagai panduan. Selamat mencuba.....
Friday, July 12, 2019
Antara Amanah dan Tanggungjawab
Terlalu luas untuk menyelami rasa hati
Ianya lebih luas daripada alam semesta
Tatkala hati meruntun, semakin mati
Amanah dan tanggungjawab sering melirik ditirai kaca
Amanah pemberian ilahi perlu dipersiap
Karna tiada yang lain selain mu untuk mengadun-nya
Manakala tanggungjawab duniawi juga perlu kau galas demi sesuap nasi
Yang membuatkan kau terkepit dan tersepit di tengah-tengah penceritaan
Pabila kau sering di tekan dan di himpit duniawi
Membuatkan kau hilang arah
Memendam rasa yang semakin mendalam
Begitu hebat permainan hati
Yang kadangkala membuatkan langkah kau mati
Yang lain mengeluh, menekan kau menyempurnakan alam mereka
Namun adakah mereka melihat penyiksaan yang kau hadapi demi bertahan di alam ini
Kusut, resah dan semakin mereput
Dalam pencarian diri
Di telan lerengan retak yang semakin jauh mendalam, meratapi kegelapan dan kekosongan hati....
Kau hanya mampu terus berharap dan berharap dan berharap.....
Nurkilan
-NaDiaEnaThaSya
Friday, September 7, 2018
Resepi Tepung Talam
*1/2 cwn tepung gandum
*1/2 cwn gula
*1/2 cwn gula merah
*1 1/2 cwn santan
Kisar semua..tuang dlm acuan (separuh acuan) tapis dulu klu blend skali gula merah..
Kukus 15-20 minit (ikut ketebalan)
Sejukkan,biar sedikit keras sebelum tuang lapisan putih.
*1/2 cwn tepung beras
*1 1/2 cwn santan
*2 sb tepung jagung
Kisar semua..tuang atas lapisan gula merah td.
Kukus semula (20minit ++)
Dh masak tggu sejuk baru boleh potong tau :)
Simple je kan..
~Saya guna santan kotak je,jd saya ambik secawan santan ja,stgh cwn lg tambah air.sb santan kotak kan pekat sikit.
~Yg lapisan bawah tu,stgh cwn air,saya bancuh ngan gula merah pastu tapis dlm blender..
Wednesday, December 13, 2017
Kek Karot
Bahan bahan
Cara cara:
Ayak dan satukan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
Masukkan karot, walnut dan kismis. Kacau rata dengan spatula sahaja. Kali ini, saya masukkan separuh dari kismis.
Tuangkan dalam acuan yang telah dilapik dengan kertas. Taburkan separuh lagi dari kismis supaya ianya tidak jatuh di dasar kek. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
Sunday, May 28, 2017
Coretan Memori
Saturday, October 22, 2016
Cabaran dalam mencabar diri
Jalan-Jalan Main-Main
Wednesday, October 19, 2016
Kehidupan, Kematian dan Pengharapan
Monday, April 11, 2016
Marriage Quotes
Marriage
Its about things that need to do together
Always hold hand in hand
Cooperative in everything
Understand each other
Always be a shoulder for your partner
Become a motivator to support your partner
But not...
Blaming your partner for thing's that happened
Pin pointing you partner weakness
Left your partner to do things on their own
Cherished things that you have before its gone
Always expressed your love to partner
Once its gone there's no turning back in time to fix it...
Friday, February 12, 2016
Homemade Blackpepper Marinade Recipes
Just wanna share this new recipe that I've tried.
5 cloves of Garlic
1 teaspoon full of Black Pepper (used 1tablespoon full if you want extra hot result)
4 tablespoon full of Oysters Sauce
2 tablespoon full of Chilli Sauce
1. 1st, fry the black pepper n' garlic until the garlic looks golden brown.
2. Before you mashed all the ingredients, you must fomerly drained the oil.
3. After that, mashed all the fried ingredients until it formed thick creamed.
4. Mix the ingredients with oyster n' chilli sauce.
Nahhh....now you get the perfect homemade blackpepper marinade.
This recipe can be used for 3 slice of lamb chop
As for the dipping sauce you can cook the marinade leftovers for about 5 minutes. Its just simple as 1, 2, 3....
Hope you all loved if...baibai....
Saturday, October 10, 2015
My 3rd Baby n it's a PRINCE
Hi guys,
Just wanna update the new member's in town
Thursday, May 7, 2015
HYPNOBIRTHING : Teknik Pernafasan yang Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin
Tuesday, April 28, 2015
KHASIAT JUS PATI DELIMA
Bila mengandung kali ini selalu rasa kurang bertenaga, letih je....banyak member2 rekomenkan minum pati jus delima. So at last, Sya bli gak Jus Pati Buah Delima Yusof Taiyoob. Pekat gila kot...tapi sedap, rasa dah macam ribena tapi ada kelat2 sket. Sya beli di Hasani dengan rega RM15.90 termasuk GST yea. Ok....jom kita share sket khasiat jus pati delima ni.
Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga .Buah Dellima disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran. Nama Saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji.
Antara khasiat pati delima:-
1.Anti Oksida yang tinggi
2.Bersifat panas dan lembab;baik untuk menguatkan perut,tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk
3.Melegakan batuk dan menghilangkan kahak
4.Merawat sinus
5.Menguatkan sistem penghadaman,membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
6.Mencuci darah kotor
7.Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya
8.Menormalkan fungsi hati
9.Menstabilkan peredaran darah
10.Merawat cirit birit,sakit telinga,pandangan kabur dan sakit gigi
11.Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (Melangsingkan badan)
12.Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout)
13.Mengelakkan daripada rasa mual (hamil) ,melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
14.Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi
15.Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
16.Menegangkan payu dara
17.Merapatkan dan menyuburkan rahim
18.Mampu menurunkan kadar glukosa / gula dalam darah(Kencing Manis)
19.Mencegah serangan angin ahmar
20.Melancarkan fungsi buah pinggang
21.Mengurangkan tekanan darah tinggi
22.Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
23.Dikenali juga 'natural viagra' kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki
24.Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan
25.Mengeluarkan peluh / toksin
26.melegakan sakit kepala
27.Membunuh cacing dalam usus
28.Menambah darah
Cara -cara pemakanan :
1sudu besar sebelum sarapan dan 1sudu besar sebelum tidur malam.
Bagi mereka yang tidak suka akan rasa masam.boleh dibancuh dengan air.
Penyimpanan:
Simpan di tempat sejuk











