Assalammualaikum....
Setelah
lama tidak menjengah, tudiaaa banyak sungguh sawang yang dok ada. Jom kita kongsi sedikit sebanyak info berkaitan kehamilan. Untuk
pengetahuan korang, sya telah disahkan mengandung anak ketiga selama 7 minggu
(ikut last date of period).
Namun beberapa
hari sebelum ini, terdapat sedikit chocolate
discharge , membuatkan sya agak tense
and phobia dengan apa yang terjadi. Untuk pengetahuan korang setiap kali mengandung mesti akan jadi keadaan yang sama. Anak pertama, sya dapatkan rawatan di
klinik pakar swasta dan diberikan injection untuk kuatkan rahim. Alhamdulillah
selepas 3 hari, kandungan sya kembali normal dan tidak mengalami apa-apa masalah.
Berlainan pula
dengan kandungan kedua, sya ingat dah second pregnancy so amik mudah and try to stay positif. Sya telah mengalami pendarahan yang berlarutan sehingga kandungan
menceceh usia 3 bulan. Bleeding tu berakhir apabila doktor berjaya
mengesan dan mengeluarkan ketulan polip di pintu rahim.
Berbalik
kepada permasalah pendarahan ketika awal kehamilan, kita seharusnya tidak boleh mengambil mudah akan perkara ini dan dapatkan
khidmat pakar dengan kadar segera agar permasalahan yang berlaku dapat dikenalpasti dengan lebih
cepat dan tepat. Selalunya doktor pakar akan berikan suntikan ataupun diberikan ubat hormon untuk membetulkan kembali keadaan rahim seperti
“Duphaston”.
Apabila pregnancy kali ini, sya alami perkara yang sama...Apalagi!! jumpa doktor dengan sepantas kilat dan dia prescribe
duphaston for 2weeks. Lepas 2 weeks scan semula untuk tengok bagaimana
perkembangan baby sebab masa scan haritu doktor cakap jantung baby tak nampak lagi,
hanya nampak kantung ja. A little bit worried about that too, tapi apa pun kita
tunggu untuk scan lagi 2 minggu walaupun hati berkocak... Doakan baby sihat membesar, In Shaa
Allah.....
No comments:
Post a Comment