Dalam tempoh ini nrl perlu kuatkan diri demi anak-anak, sejak pemergian suami.
Walaupun nrl telah biasa menguruskan beberapa benda sendirian namun bila bercerita berhubungan hal-hal anak-anak, arwah suamilah yang memainkan peranan penting kerana nrl lebih sibuk menguruskan hal rumah dan putera terakhir kami yang sekarang baru berusia 1tahun 3bulan.
Syafiq yang begitu rapat dengan arwah mula membuat perangai, seperti mahukan perhatian yang lebih, ibu faham tapi maaf sayang ibu tak mampu untuk manjakan sesiapa pada saat ini. Adik masih kecil sayang, adik tak berpeluang mengenal ayah seawal umurnya 10bulan, ibu juga perlu kuatkan kamu dan kakak untuk ibu titipkan adikmu nanti sayangku. Mungkin sekarang kamu tidak faham namun beberapa tahun lagi kamu akan faham sayangku.
Mencabar diriku untuk membuat lebih daripada kemampuanku kerana tahun ini adalah tahun akhirku untuk menamatkan pembelajaranku. Pernah suatu saat inginku kuburkan segalanya, namun bila mengingati kembali janjiku pada suamiku bahawa hanja jalan ini yang mampu merubah nasib kami sekeluarga, ku gagahi jua.
Perkara yang amat sukar untukku perangi adalah tabiatku untuk tidak mahu melakukan sesuatu di luar kotak kehidupan harianku. Kalau dahulu arwah ada, dia yang akan menguruskan anak-anak sementara nrl membuat ulangkaji, tugasan, dan persediaan peperiksaan. Namun sekarang nrl perlu bijak mencari peluang masa untuk melakukan aktiviti itu. Berat abang, terasa berat sangat-sangat nrl rasakan.
Nrl akan cuba sedaya upaya abang untuk perangi perasaan negatif demi masa depan anak-anak. Walaupun nrl lambat menyesuaikan diri dengan keadaan, namun nrl takkan mengalah dan menyerah tanpa berusaha. In shaa Allah nrl akan terus berjuang sehingga sampai waktu Allah pertemukan kita semula....
No comments:
Post a Comment