jom klik

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Friday, December 10, 2021

December blues

Heart and mind
This two thing can affect your life
Follow your heart without think and follow your mind without feeling, sometimes can be right or devastating
Who knows the games of life's 
Just walk the path until the end of it
And you'll find the purpose of your life

Things just comes and goes
Value the smallest thing thats around you
Cherish the thing that you had
Once its gone, you'll never gonna have it back
Be strong, cause you are the center of your life
That's what you needed the most 
Even if you didn't realise it

Time, it won't wait for you
When the right thing happens on the right time
You'll be the happiest person on the earth 
But when the storms comes in you're life
Just remember that there will be a sun rises after it

-NadiaEnaThasya-


Friday, January 31, 2020

Tutorial : Making Your Very Own Cloth Diapers


Assalammualaikum & salam sejahtera...

        Kali ini Sya nak kongsikan bagaimana kita boleh membuat sendiri lampin moden ataupun 'cloth diapers'. Sya tengok dalam online kos untuk memilik lampin moden adalah sekitar RM 25 - 60 sekeping. Bagi sya memang agak mahal, tetapi material dan design yang akan korang dapat adalah mengikut harga yang korang mampu beli.

        Ada juga dijual dalam lingkungan harga belasan ringgit. Namun pulangan yang korang akan dapat maybe tak memuaskan hati. Material yang digunakan kurang berkualiti dan mungkin merisikokan baby untuk dapat ezema atau ruam lampin. Tetapi masih boleh digunakan sekiranya parent kerap menukar agar risiko ezema dapat dikurangkan.

           Ok....disini Sya nak share sikit apa yang sya dapat daripada online. kalau kita nak wat cloth diaper sendiri kita boleh dapatkan daripada website ni :

http://prefold2fitted.blogspot.com/2012/10/online-free-downloads.html

ni contoh design yang diorang bagi secara free untuk korang DIY sendiri cloth diaper ni. Selain daripada ni, ada lagi design2 lain seperti velcro dan bermacam2 lagi. Tips berkaitan meterial  yang korang boleh gunakan pun ada diorang bagi.


https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/236x/c6/3e/48/c63e48906c7c9b2406574b7a8b069555.jpg
tips: material kain korang boleh perolehi daripada Kamdar dan Nagoya. Untuk dapatkan kain PUL korang boleh beli secara online di website 

http://www.diapersewingsupplies.com/pul-fabric-prints/ dan http://www.krafezee.com

So, untuk para ibu2 yang ingin buat sendiri cloth diaper untuk si manja bolahlah ambil post ini sebagai panduan. Selamat mencuba.....

Friday, July 12, 2019

Antara Amanah dan Tanggungjawab

Terlalu luas untuk menyelami rasa hati
Ianya lebih luas daripada alam semesta
Tatkala hati meruntun, semakin mati
Amanah dan tanggungjawab sering melirik ditirai kaca

Amanah pemberian ilahi perlu dipersiap
Karna tiada yang lain selain mu untuk mengadun-nya
Manakala tanggungjawab duniawi juga perlu kau galas demi sesuap nasi
Yang membuatkan kau terkepit dan tersepit di tengah-tengah penceritaan

Pabila kau sering di tekan dan di himpit duniawi
Membuatkan kau hilang arah
Memendam rasa yang semakin mendalam

Begitu hebat permainan hati
Yang kadangkala membuatkan langkah kau mati
Yang lain mengeluh, menekan kau menyempurnakan alam mereka
Namun adakah mereka melihat penyiksaan yang kau hadapi demi bertahan di alam ini

Kusut, resah dan semakin mereput
Dalam pencarian diri
Di telan lerengan retak yang semakin jauh mendalam, meratapi kegelapan dan kekosongan hati....
Kau hanya mampu terus berharap dan berharap dan berharap.....

Nurkilan
-NaDiaEnaThaSya

Sunday, May 28, 2017

Coretan Memori

Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kita dan harini juga genap setahun abang pergi meninggalkan kami sekeluarga...
Al-Fatihah buat abang di sana, juga buat kedua ibu bapa tercinta yang pergi mendahului aku. Semoga kalian ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
Dalam kerinduan ku semat kekuatan
Dalam kepasrahan ku titip semangat pengharapan
Demi anugerah yang ditinggalkan
Agar menjadi yang terbaik dikalangan insan

Di dalam keceriaan terselit seribu satu kisah, yang kadangkala tidak dapat digambarkan dalam sebuah penceritaan.
Semangat ku kutip dari cebisan ingatan
Di sokong pula dengan ikatan kekeluargaan
Terima kasih buat seluruh saudaraku
Kerana senantiasa setia membantu baik untuk anak-anak dan juga diriku

Kehidupan tidak selalunya cerah, seringkali aku di uji, dan aku redha dengan ketentuaan mu Ya Allah. Kerana dalam setiap kesukaran pasti ada kesenangan, In Shaa Allah....

Wednesday, October 19, 2016

Kehidupan, Kematian dan Pengharapan

Tiada manusia di dunia ini mahu kehilangan insan-insan yang tersayang. Namun adalah lumrah kehidupan setiap yang hidup pasti akan mati.
Menerima sesebuah kehilangan adalah sesuatu perkara yang amat memeritkan. Satu persatu insan yang tersayang kembali kepada-Nya. Membuatkan kadang-kala kita terfikir apakah dosa yang telah dilakukan hinggakan insan-insan yang sayang hanya dipinjamkan seketika sahaja. Keredhaan dan kesabaran adalah kunci ketenangan abadi. Namun adakah aku mampu mencapai tahap itu?

Bermula dengan pemergian anak saudaraku Nur Aqilah pada 2007, pemergiannya yang ku anggap sebagai penamatan kepada penderitaan yang di tanggung sejak kau dilahirkan. Syurga adalah jaminan buatmu sayangku....

Penghujung tahun 2007, abah dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dalaman oleh ulser perut yang serius, yang mana dari segi perubatan memberikan peratusan untuk sembuh adalah 50% sahaja. Alhamdulillah kesihatan abah semakin baik dan aku mendapat peluang untuk menjaga abah selama 2 minggu sebelum abah 'nampak' pulih. Namun langit yang cerah hanya seketika sahaja, di saat kegembiraan melihat kesihatannya semakin pulih, abah pantas di jemput ilahi pada Februari 2008.

Sebagai pengganti dan pengubat luka d hati, aku dikurniakan zuriat keduaku pada November 2009. Namun aku dan suami diduga apabila Syafiq disahkan mengidap asma seawal umurnya 6 bulan. Sejak umurnya 2 bulan, Syafiq akan dimasukkan ke hospital hampir setiap bulan kerana mengalami bronchitis dan pneumonia. Kami sekeluarga di minta melakukan saringan ujian darah bagi menentukan sama ada mempunyai thalassemia atau tidak. Alhamdulillah aku, Syifa dan Syafiq bebas daripada thalassemia. Namun keputusan ujian darah suami didapati sebagai pembawa thalassemia alpha dan ianya tidak akan menjejaskan kesihatan keluarga kami kerana aku bebas daripada thalassemia.

Pada 29 Ogos 2010, mak pula telah pulang ke rahmatullah. Sebelum itu mak disahkan oleh doktor mengidap hepatitis dan memerlukannya mengambil ubat-ubatan tambahan di samping ubat kencing manis yang telah lama mak alami.

Aku bagaikan dedaun yang layu tanpa siraman kasih sayang ibu dan ayah. Namun aku kembali bangkit di saat Syafiq memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi. Alhamdulillah pada usianya mencapai 1 tahun setengah, tahap kesihatannya bertambah baik dibawah jagaan kakak iparku. Di bawah jagaannya jugalah alhamdulillah Syafiq disahkan bebas daripada asma pada usia 3 tahun setengah.

Pada saat aku disahkan hamil zuriat ketiga kami, suami pula di serang penyakit gout. Kesakitan yang dialami oleh buka kepalang. Namun alhamdulillah, di saat aku melahirkan puteraku Syahmi pada Julai 2015 kesakitan suami telah hilang. Kami hanya menganggapnya sebagai alahan pembawakan budak. Aidilfitri tahun 2015 juga disambut dengan sederhana kerana aku dalam tempoh berpantang. Jasa ahli keluargaku yg lain membantu dalam penyediaan juadah dan memberi sinar perayaan dalam hidup anak-anakku takkan aku dan suami lupakan. Saat itu aku bersyukur pada ilahi melihat suamiku berusaha menjaga aku selama 2 minggu pertama berpantang. Memasak, membasuh, menyidai, melipat dan melayan karenah aku dan anak-anak.

Pada 27 April 2016, suami pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami batuk darah. Setelah di rawat, didapati terdapat 3 saluran jantung yang tersumbat. Inilah permulaan kami mendapatkan rawatan tradisional dan kampung untuk kesembuhannya. Selama 3hari di rumah, suamiku berusaha mendapatkan rawatan tradisional.

Namun suamiku dimasukkan semula ke hospital pada awal Mei 2016 kerana mengalami kehilangan darah yang agak mendadak. HB suamiku ketika itu hanya 6.8 sahaja. Setelah dimasukkan darah baru, HB nya tetap tidak berubah. Setelah dimasukkan darah beg yang ketiga barulah HB naik 8+. Setelah sekali lagi membuat echo, saluran yang tersumbat sebelum itu telah tiada. Oleh kerana terlalu lama di hospital, doktor membenarkan suamiku pulang kerana risau dijangkiti penyakit wad.

Selepas melakukan skop melalui mulut, suami mengajak aku pergi makan berdua dengannya. Pada hari itu 26 Mei 2016, terkejut aku melihat suamiku boleh berjalan jauh. Sangkaan aku suami semakin sembuh, namun meleset.
Pagi 28 Mei 2016 aku perlu menghadirkan diri ke kursus, namun aku batalkan kerana melihat suami nampak lemah. Setelah dipaksa makan, selepas suapan pertama, suamiku mulai muntah. Untuk elakkan dia muntah, aku buatkan jus epal sebagai lapik perut, namun suamiku masih muntah-muntah. Melihat suamiku menangis-nangis memohon maaf pada anak-anak kerana melihat dia dalam keadaan itu, aku memohon pertolongan kakak iparku untuk menjaga anak-anak. Aku meminta suami untuk di bawa ke hospital, namun di tolak olehnya atas alasan "abang xmau masuk wad 5". Kakak, abang dan iparku menyuruh aku panggil ibu dan adik suamiku datang.

Mulanya suamiku persoalkan kenapa aku panggil semua datang. Selepas itu, suamiku mula meminta maaf daripada semua, mohon halalkan air susu daripada ibunya, memanggilku dan mengucup pipiku kanan dan kiri dan mengucapkan "maafkan abang..abang sayang nurul sangat-sangat....abang ada masa lagi 3 jam". Pada saat itu hanya aku mampu katakan "abang tak mau merepek macam tu, abang zikir, mengucap abang". Melihat keadaan suami yang semakin lemah, kami sekeluarga membawanya ke hospital. Suamiku sempat katakan pada aku, "nurul, tengok ni depa cucuk-cucuk, tu yang abang xmau mai". Sayu dan sedih aku lihat berbekas biru-biru, cuma aku katakan padanya "kna masuk air abang, abang tak cukup air". 
Pada saat itu bacaan HB semakin menurun, hanya 3.5 sahaja. Saat aku melihat kelibat Dr Nge Chee Seng, aku memohon dia melihat suami, dia meminta kebenaranku untuk intubate sebagai langkah keselamatan. Entah kenapa pada saat itu aku berdoa pada Allah, "andai suamiku sembuh, kau sembuhkanlah, namun andai ini penyiksaan buatnya, kau ambillah dia dengan cara baik, aku redha". Semasa diberi peluang untuk rapat disisinya di kecemasan, pada saat itu aku berbisik di telinga suamiku, "abang mengucap abang, sekarang yang penting abang fikir untuk diri abang, pasal anak-anak abang jangan risau, nurul ada, in shaa Allah nurul dapat uruskan". 
Bila doktor cakap berdoa dan berharap pada keajaiban, nurul mula berharap semula untuk abang kembali, kerana sebelum-sebelum ini abang tetap kuat.
Maafkan nurul abang, tatkala nurul masih berpaut pada abang walaupun mulut nurul berkata redha. Tenanglah abang di sana. Al-fatihah buat abang, abah, mak dan Aqilah... semoga damai dan tenang di sana, hanya sedekah jariah yang dapat nurul salurkan buat kalian di sana.
Walaupun jasad berkata "aku okay" namun hati ternyata kosong. Namun begitu aku gagahkan jua demi anak-anak. Biar berat, akan nurul jaga amanah yang abang tinggalkan. Itu janji nurul pada abang saat nurul minta abang lepaskan segala-gala di dunia.
Biar anak-anak melihat aku menyinga dalam mendidik mereka. Harapan aku agar aku dapat membekalkan ilmu dunia dan akhirat pada anak-anak sebelum tiba saat aku pula nanti. Mengajar erti kesusahan dalam pencapai sesuatu. Namun aku masih mengumpul kekuatan agar dapat meneruskan segala-galanya. Doaku pada anak-anakku agar meraka dapat menjadi insan yang berguna pada masyarakat dan taat pada setiap suruhan Allah...in shaa Allah...amiinn...

Monday, April 11, 2016

Marriage Quotes

Marriage
Its about things that need to do together
Always hold hand in hand
Cooperative in everything
Understand each other
Always be a shoulder for your partner
Become a motivator to support your partner

But not...
Blaming your partner for thing's that happened
Pin pointing you partner weakness
Left your partner to do things on their own

Cherished things that you have before its gone
Always expressed your love to partner
Once its gone there's no turning back in time to fix it...

Friday, February 12, 2016

Homemade Blackpepper Marinade Recipes

Hi guys n' gurls,

Just wanna share this new recipe that I've tried.

5 cloves of Garlic
1 teaspoon full of Black Pepper (used 1tablespoon full if you want extra hot result)
4 tablespoon full of Oysters Sauce
2 tablespoon full of Chilli Sauce

1. 1st, fry the black pepper n' garlic until the garlic looks golden brown.
2. Before you mashed all the ingredients, you must fomerly drained the oil.
3. After that, mashed all the fried ingredients until it formed thick creamed.
4. Mix the ingredients with oyster n' chilli sauce.

Nahhh....now you get the perfect homemade blackpepper marinade.

This recipe can be used for 3 slice of lamb chop

As for the dipping sauce you can cook the marinade leftovers for about 5 minutes. Its just simple as 1, 2, 3....



This is my chicken blackpepper marinade. 



Hope you all loved if...baibai....

Saturday, October 10, 2015

My 3rd Baby n it's a PRINCE

Assalammualaikum,

Hi guys,

Just wanna update the new member's in town



His name is Muhammad Syahmi, born on 3rd July 2015, weight 3.34kg's
This was the most joyful day of my life
With him, everything seems to be so easy n perfect




Look how much weight he's put on 




I'm crazy with this lil'cute BamBam


Tq Allah for giving me this miracle in my life
That's all for now....baibai...

Thursday, May 7, 2015

HYPNOBIRTHING : Teknik Pernafasan yang Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin

Assalammualaikum.....
         Memikirkan berkaitan hal bersalin, macam-macam perkara yang buatkan Sya agak sedikit risau. Iyer la kan, it's been 5 1/2years Sya berdepan dengan keadaan bersalin, mampukah? kuatkah? teknik apa yang sesuai? cara mengurangkan sakit contraction? dan macam-macam lagi.

      So.....Sya amik sedikit masa search berkaitan bagaimana ingin kurangkan sakit bersalin. Hypnobirthing adalah merupakan salah satu teknik yang telah lama diamalkan sebelum ini bagi mengurangkan kesakitan bersalin yang dialami oleh para ibu-ibu.

         Hypnobirthing adalah merupakan cara untuk melatih minda separuh sedar untuk lebih tenang ketika menghadapi proses kelahiran. Dalam teknik Hypnobirthing, para ibu diajar teknik pernafasan dan relaksasi yang dapat mengurangkan tekanan emosi dan rasa sakit semasa bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan.

         Disini Sya nak share sedikit info yang Sya dapat daripada blog http://yusofyaakob.com/hypnobirthing-teknik-bersalin-tanpa-sakit/

3 Jenis Teknik Breathing

Sleep breathing
Tarik nafas 1-10 dan lepaskan pada kiraan 10-1. Ini bertujuan untuk membekalkan oksigen yang cukup kepada bayi. Jika kita tidak bernafas dengan betul, kita akan menjadi panik dan takut. Oleh itu, cuba bertenang bila contraction datang.

Baloon breathing
Tarik nafas dalam dengan kiraan 1-20. Bayangkan perut kita seperti belon, tiup sampai belon tu besar dan hembuskan ke dalam. Bukan keluar melalui mulut, tetapi lepaskan ke dalam belakang tekak seperti  dalam keadaaan berdehem. Hembus ke dalam smbil menutup mulut. Dengar sound of the breath. Dengar pernafasan sendiri macam senaman Yoga. Bila surge datang, hembus dengan kiraan 1-20. Tangan, bahu, badan semua mesti rileks. JANGAN genggam tangan, menahan nafas, keraskan badan (fight-fight, freeze). Perkara ini akan membuatkan vagina kita lebih ketat dan seterusnya melambatkan bukaan serviks dan melambatkan proses kelahiran.

Fikirkan LET IT GO! LET IT GO!. Jangan fokuskan surge itu, tapi fokuskan pada pernafasan. Kalau boleh tidak perlu tengok jam nanti akan mengganggu fokus.

Bila surge tu datang, tarik nafas dalam2, dan menggerakkan kepala ke kiri dan kanan, tangan letak kat sisi. Kaki luruskan. Badan bersandar ke dinding sambil membaca dalam hati affirmation ataupun berzikir.

My body is strong! i am strong mother! My baby is good!

Birth breathing
Tarik nafas dalam-dalam pada kiraan 1-20 dan lepaskan ke dalam dengan menutup mulut, bayangkan vagina seperti sekuntum bunga yang kelopaknya terbuka. Latihannya seperti kita membuang air besar dan kita jangan meneran tetapi breath out the shit. Cubalah! pasti tak buasir .

Hypnobirthing memerlukan latihan dan pasti tidak boleh diaplikasi jika kita culas untuk praktikkan setiap hari. Mindset kita bergantung kepada apa yang kita faham tentangnya. Jadi mulakan praktis 2-3 bulan sebelum EDD.

Jangan Takut
Kebanyakan ibu yang bakal bersalin sering dihantui dengan pengalaman yang mengerikan, kesakitan yang maha dasyat sampaikan minda kita penuh terisi dengan pengalaman negatif orang sekeliling. Ia akan menimbulkan ketakutan dalam minda sedangkan kesakitan itu boleh dikawal. Apabila ketakutan bersalin timbul, maka tension, stress pun datang. Ia menambahkan lagi kesakitan yang datang dan menghalang hormon Endorphin iaitu hormon yang mengurangkan rasa sakit bersalin. Hormon itu boleh didapati dengan cara senyum ketawa, cerita lawak, seks (selepas klimaks) dan sebagainya. Seks pula menyumbangkan hormon Oxytocin iaitu menggalakkan uterus berkontraksi.

SOALAN YANG KERAP DITANYA

Bagaimana aku menjumpai hypnobirthing ni?
•Hasil google dari blog-blog
•Website
•Gentle birthing
•Buku parenting

Apa rahsia tak rasa sakit?
•Divert rasa sakit kepada perkara lain dengan visualization dan breathing.
•hormon endrorphin – mengurangkan rasa sakit.

Pantang larang hypnobirthing?
•dont fight with your body.
•Dont freeze. Let it go.
•Dont practise last minute. Tak kan jadi. It’s all about mindset

Apakah faedah hypnobirthing?
•Minimakan risiko di c-zer.
•Memaksimumkan kelahiran secara normal (SVD)
•Mengelakkan penglibatan ubat-ubatan seperti induction, epidural dan sebagainya
•Mengelakkan episiotomi, selepas bersalin boleh jalan tanpa terkepit-kepit.
•Mengurangkan rasa sakit dan trauma selepas bersalin
•Melahirkan bayi yang tenang dan rileks kerana ibunya rileks.


Shortform and similar word :
•BP – Blood pressure
•Surge = contractions
•GBS – group B streptococcus
•VE – Vaginal examination
•CTG – Cardiotography
•SVD – Spontaneos Vaginal delivery
•Induction –  bersalin dengan bantuan ubat seperti cyntocin untuk memulakan pelahiran
•Active labour – bukaan semakin besar dan kontraksi semakin kerap dan berpanjangan dari 60-90 saat.
•EDD -Estimated Date of Delivery
•Vaginal swab- sejenis ujian terhadap vagina dengan mengambil sedikit cecair dari dalamnya untuk mengenal pasti jangkitan. Ujian tersebut dibuat dengan menggunakan cotton bud
•Oxytocin- hormon yang menggalakkan contraction
•Endorphin -hormon yang mengurangkan rasa sakit
•Penisilin – sejenis antbiotik yang didapati dari kulat penisilium untuk merawat jangkitan di beberapa bahagian tubuh
•Cyntocin/ Syntomentrine – hormon sintetik seperti oxytocin untuk mencetuskan kontraksi samada semasa bersalin ataupun mengeluarkan plasenta.

Tuesday, April 28, 2015

KHASIAT JUS PATI DELIMA

Assalammualaikum.....
Bila mengandung kali ini selalu rasa kurang bertenaga, letih je....banyak member2 rekomenkan minum pati jus delima. So at last, Sya bli gak Jus Pati Buah Delima Yusof Taiyoob. Pekat gila kot...tapi sedap, rasa dah macam ribena tapi ada kelat2 sket. Sya beli di Hasani dengan rega RM15.90 termasuk GST yea. Ok....jom kita share sket khasiat jus pati delima ni.


Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam Syurga .Buah Dellima disebut sebanyak 3 kali dalam Al-Quran. Nama Saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji.

Antara khasiat pati delima:-

 1.Anti Oksida yang tinggi
 2.Bersifat panas  dan lembab;baik untuk menguatkan perut,tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk
 3.Melegakan batuk dan menghilangkan kahak
 4.Merawat sinus
 5.Menguatkan sistem penghadaman,membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
 6.Mencuci darah kotor
 7.Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya
 8.Menormalkan fungsi hati
 9.Menstabilkan peredaran darah
 10.Merawat cirit birit,sakit telinga,pandangan kabur dan sakit gigi
 11.Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (Melangsingkan badan)
 12.Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout)
 13.Mengelakkan daripada rasa mual (hamil) ,melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
 14.Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi
 15.Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
 16.Menegangkan payu dara
 17.Merapatkan dan menyuburkan rahim
 18.Mampu menurunkan kadar glukosa / gula dalam darah(Kencing Manis)
 19.Mencegah serangan angin ahmar
 20.Melancarkan fungsi buah pinggang
 21.Mengurangkan tekanan darah tinggi
 22.Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
 23.Dikenali juga 'natural viagra' kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki
 24.Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan
 25.Mengeluarkan peluh / toksin
 26.melegakan sakit kepala
 27.Membunuh cacing dalam usus
 28.Menambah darah

Cara -cara pemakanan :
1sudu besar sebelum sarapan dan 1sudu besar sebelum tidur malam.
Bagi mereka yang tidak suka akan rasa masam.boleh dibancuh dengan air.

Penyimpanan:
Simpan di tempat sejuk

Wednesday, May 1, 2013

~~ BERDIET DENGAN BERAS PERANG ~~

Hii.....
Mari kita baca kongsi bersama tentang khasiat beras perang.....
Kelebihan beras perang
1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.
Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat.
Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 
Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah. Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.
Hurmmmm.....nampak tak kelebihannya....

So...nak dijadikan cerita, sya dengan hubby gatai nak tukar kepada beras perang sebagai stok bulan ini. Dah lar tu mula2 nk cuba 1kg ja tp en hubby kata rugi klu amik sbb 5kg RM19.90 berbanding 1kg RM7.90...nampak tak permainan harga disitu...

Bila balik rumah, wajib lar masak untuk makan tengahari. Siap lauk ikan masak sweet n' sour, kobis masak kicap kegemaran anak2 dan budu yang telah dimasukkan isi ikan keli bakar, yang tu mmg fav' sya N' nasi BERAS PERANG. Skali satu famili duduk menjamu selera....dua2 laki bini sentot sebab tak lalu nak makan disebabkan oleh beras tersebut, nak habaq rasa cenna pon xtau...Lauk pauk dah boleh menambahkan selera makan, tapi sentot sebab nasi...huhuhuhu

 
Perbualan si suami dan si ister ;
En. Hubby : ley kurus cenni (mana xtak nyer, slalu en hubby 2pinggan tp bla makan jadi separuh pinggan ja yang bleh abeh n' sya pun sama, suku daripada biasa)
Sya : hahahaha....jenuh nak bagi abeh sebulan, 5kg tuuuu...mau xmau kna bagi habeh gak klu nak tukaq, baru nampak perubahan apa2...hehehehe...
En. Hubby : senyum macam orang terpaksa ja
Hahahaha....
Yang paling menghairankan ialah kakak boleh berselera pulak makan beras perang. Siap bertambah 2x... Bila sya tanya kakak;
Ibu : kakak, mana sedap lagi?? Nasi yang kaler putih ka, atau yang ini.
Kakak : syifa suka nasi ni ibu.

Kehairanan sya bla anak sebut sedap lagi beras perang berbanding beras biasa...xheran kau jah....hahaha
Apapun perjuangan bulan ini untuk menghabiskan stok tersebut telah bermula....★★★★

Friday, March 15, 2013

KHASIAT KOLOGEN ASLI

Hiii.....saja sya nak share ngan korang khasiat kologen nie, sya pun dah makan kolegen ni selama 1bulan...jom kita lihat khasiatnya....

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:-
Bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)

KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:-
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. 


Haaa...macam mana, dah baca dan berminat....???

Apa pun selamat mencuba bagi yang ingin mencuba

Monday, January 23, 2012

Bila kakak & adik membesar....



Kakak dah start skolah dah sekarang...kakak nyer syok lar g skolah, cuma sya ja yg risau terlebey, kakak dh leh menolong tp cuma bla bgaul ngan budak2 aktif nie, kakak pn dh jd aktif tlebey...apa pn sya akan tetap cuba yg terbaik utk anak2, cuma sya nie garang orgnyer...klu xcaye mai tanya ank2 sya, tp garang2 sya, sya nk dorg tahu batas2, sya cuma ikut apa yg arwah ayah sya ajarkn....

kakak dah pandai mewarna, menulis & leh membaca sket....alhamdullilah....bru xspai sebulan, kakak dpt catch-up....

melihat kakak semakin membesar, trsa macam dah tua sgt2... tp sya bru 29 thn, tu pn ujung thn nie....hehehe.....kadang2 xsabar nak tggu kakak besaq sket, leh ajak g cna cni, bwt mcm kawan, tp still ada batas ibu & ank ler....sya nie suka aktiviti outdoor/sport indoor....bkn apa nk bg peluh sket, kurang2 leh kurus...hehehehe...



2012 nie, mcm2 tjadi...adik pon dh besaq dh skrg, pandai bkata2, kadang2 tu spai ibu xtau adik cakap apa...heqhehe

Mulai minggu nie tengah cuba ajar adik xpakai pampers, tp tahan spai tghari ja, dia bantai kencing kt bilik maksu nyer...aduh dik...sok kta try len ek...

Kelmarin sya potong rambut adik, klu xsblm nie meraung2 xmau potong sampai kna 2org, sorg pegang kepala adik, sorg lg potongkn, slalunya kna 2/3 kali bru elok trim rambut tu...kelmarin senang lak, tp kna umpan sket kta kt adik, sya akan bagi mandi kolam klu adik bg potong rambut, jenuh gak lar memotong sambey menyembang ngan adik yang xberenti cakap, "ibu..dah abeh dah"....

Paling lawak, lepas potong rambut, "ibu....apik botak dah...".....hehehe

Sunday, May 23, 2010

~ DoKtOr Oh DoKtOr ~

DOKTOR..... Mmg seronok klu ank2 jd dr, tp bla d'ingat2 balik rsa mcm biar dorg yang tentukan masa depan dorg seniri. Risau lak aku nti bla dh grad bru pikir xmo nk keja sbg dr.

Suma nie psl aku b'kerja d'sektor kerajaan, handle dr2 bru lak tu, dorg nie lps blajar kna wat latihan selama 2thn kt spital kerajaan sblm jd dr yang bertauliah. Bkn senang tau nk jd dr yang bertauliah, sbb stress, perlu daya ketahan yg tinggi dari segi fizikal mahupun mental, penjadualan msa yg ketat, tp yg paling penting mentaliti tu kna kuat sgt2, klu x dari latihan patotnyer 2thn d'tambah jd 3/4thn.

Mcm2 kes aku dok handle, ada yg jd psikiatrik, terlampau stress spai nk berenti keja, parent paksa msa belajar utk jd dr, ada juga yg msa blajar excelent tp bla jd dr latihan trus jd gelong, ada yang jenis talam pon ada. Dari segi satu sudut aku sian kt budak2 nie dh susah payah blajar pastu kna wat latihan 2thn lak. Tp rsa latihan tu perlu sbb msa dorg blaja tu teori ja klu latihan nie scr praktikal, btol2 berdepan ngan nyawa. N' klu xsilap aku lar, ada jugak 4/5 nyawa yg terbang sbb dorg nie tp xsalah dorg gak, kdg2 tu dh ajal kan.....

Dari satu sudut len lak, aku sian kt mak bapak dorg nie, dh lar blajar lma2, abeh bereban2 lak tu, klu dpt biasiswa tu xper lar.....alih2 bla msa latihan wat men2 lak. Yg tu yg dok kna lanjut jd 3/4 tahun tu. Sblm start keja dlm internet pon ada guideline utk jd dr latihan nie, tu pon masih wat xtaw ja.........

Meh nk crita sket psl guideline dorg nie:-
* tempoh latihan 2thn
* Kna wat latihan bg 6 posting(Jabatan Pead, Ortho, Pembedahan, Perubatan, Kecemasan atau Anest(Bius) dan O & G)
* setiap posting kna 4bln klu x kompetent(mcm x cekap) kna perlanjutan, tempoh ikut ketua jabatan dorg lar.
* xleh tukar tmpt bertugas selama 2thn, tp utk tahun pertama leh tukar tp dalam negeri yg sama ja tau(kecuali ada sebab yg munasabah) etc.
yg len tu korang cari le seniri malas nk tiap dh.........hhehehe




kesimpulannyer klu nk jd doktor nie jgn ingat senang2 jer lah jd dr, byk lg latihan yg korang kna wat, tp bla dh dpt pentauliahan tu mmg....yapya yey ler.....

Ape pon sblm bwt keputusan nk jd ape2 ka, pikir abeh2 dulu, jgn lak dh grad nk tukaq pikiran lak, n' paling penting skali jgn bg sapa2 pengaruhi keputusan korang sbb klu menyesal d kemudian hari nti x salah kan sapa2 kay..........

Satu lg, klu stress camna pon jg lar jd gelong, cari lar tempat yg korang leh mengadu atau share ngan sapa2 yg rsa2 cam patot share n' dorg paham korang cenna, klu gelong bkn takar susahkan diri seniri bahkan ngan famili korang skali gak tau...........sayangilah diri sendiri ngan org2 disekeliling korang......

-- PEACE NO WAR -- 

Tuesday, May 18, 2010

Exam Day-1

Ari nie start g exam utk naik pangkat, ceh...ada hati nk nek pangkat, tp hatiku mmg nk nek pangkat pown, mana la tau kot2 leh tambah gaji lg ker $$$$$
Citer psl exam,
mcm nk rak aku perah otak nk ingat muka surat mna soalan yang kuar,
mmg lar leh bukak buku tiru jer, tp mcm hampeh aku menjawabnyer,
ngan perut lapar x breakfast samer, start 9.15pg abeh lak tu kui 12.30tghari cam nak bebai ja,
mna xnyer jawapan dalam esei, dh lar lma tinggai skola, tetiba g exam kna bwt esei lak,
so ngan tulisan mcm kasut cabuk aku memulakan.

Dalam 8 soalan kna jawab 5 soalan esei,
siap ada pecahan lak tu.......xper2,
the best part is dh ada buku seniri gatai nk pinjam buku org konon2 update tahun terbaru,
tp mmg ok lar sbb byk yg terbaru dh masuk dlm buku tu,
aku lak ada pekeliling yang print drp internet jer, klu nk bwk cam serabut jer,
yang aku bebai sgt bla soalan yang senang teramat,
yang aku penah baca dlm buku aku yang lama tu tetiba xda dlm buku baru tu,
mcm nk ***** ja aku, ngan muka sekupang aku tros g bg kertas jawapan jer,
tp suma jawab kecuali 2 pecahan soalan aku xjawab, 10markah tu..............
so lantak lar benda dh lepas n' the moral of the story is klu g periksa bwk buku baru
ngan yang lama skali bru xmenyesal nk mampus........heheheh


jom study......................................


p/s : wish me luck in tomorrow and the day after for my next exam.....
c