jom klik

Friday, November 7, 2014

Masalah Di Awal Kehamilan : Pendarahan (Bleeding)


Assalammualaikum....
                Setelah lama tidak menjengah, tudiaaa banyak sungguh sawang yang dok ada. Jom kita kongsi sedikit sebanyak info berkaitan kehamilan. Untuk pengetahuan korang, sya telah disahkan mengandung anak ketiga selama 7 minggu (ikut last date of period). 

Namun beberapa hari sebelum ini, terdapat sedikit chocolate discharge , membuatkan sya agak tense and phobia dengan apa yang terjadi.  Untuk pengetahuan korang setiap kali mengandung mesti akan jadi keadaan yang sama. Anak pertama, sya dapatkan rawatan di klinik pakar swasta dan diberikan injection untuk kuatkan rahim. Alhamdulillah selepas 3 hari, kandungan sya kembali normal dan tidak mengalami apa-apa masalah.
Berlainan pula dengan kandungan kedua, sya ingat dah second pregnancy so amik mudah and try to stay positif. Sya telah mengalami pendarahan yang berlarutan sehingga kandungan menceceh usia 3 bulan. Bleeding tu berakhir apabila doktor berjaya mengesan dan mengeluarkan ketulan polip di pintu rahim.
Berbalik kepada permasalah pendarahan ketika awal kehamilan, kita seharusnya tidak boleh mengambil mudah akan perkara ini dan dapatkan khidmat pakar dengan kadar segera agar permasalahan yang berlaku dapat dikenalpasti dengan lebih cepat dan tepat. Selalunya doktor pakar akan berikan suntikan ataupun diberikan ubat hormon untuk membetulkan kembali keadaan rahim seperti “Duphaston”.



Apabila pregnancy kali ini, sya alami perkara yang sama...Apalagi!! jumpa doktor dengan sepantas kilat dan dia prescribe duphaston for 2weeks. Lepas 2 weeks scan semula untuk tengok bagaimana perkembangan baby sebab masa scan haritu doktor cakap jantung baby tak nampak lagi, hanya nampak kantung ja. A little bit worried about that too, tapi apa pun kita tunggu untuk scan lagi 2 minggu walaupun hati berkocak... Doakan baby sihat membesar, In Shaa Allah.....
c