jom klik

Thursday, March 14, 2013

Bayi Menerima Layanan Jururawat Yang Tidak Bertanggungjawab

Semalam di Facebook hangat memperkatakan berkaitan gambar Bayi yang berdarah akibat tercabut branula. Adakah jururawat yang bertugas ataupun bayi tersebut perlu dipersalahkan.......





Apa yang menarik minat sya berkaitan kes ini adalahkata-kata yang dikeluarkan oleh jururawat tersebut adalah :-

"Kalau xsuka benda macam ini, jangan masuk hospital kerajaan..."

Dalam hal ini sya tidak menyalahkan sesiapa kerana branula/ IV line/ saluran untuk memasukkan air atau ubat kepada pesakit senang tercabut bagi seseorang bayi ataupun kanak-kanak kerana mereka masih belum tahu untuk menjaga sesuatu....sya sendiri pun susah juga hendak menjaga anak yang telah dicucuk branula kerana mereka selalunya aktif dan tidak boleh duduk diam walaupun sesaat selain daripada tido.

Pada sya, jururawat itu tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang demikian kerana ianya hanya akan menjejaskan imej kakitangan awam, sekaligus mencemarkan imej Kementerian Kesihatan.

Apapun nasihat sya kepada jururawat berkaitan layanlah pesakit seperti anda melayan keluarga anda sendiri, kerana suatu masa nanti anda pasti akan berada dalam situasi yang sama dan memerlukan pendekatan dan layanan yang baik.


No comments:

c