jom klik

Friday, March 15, 2013

Khasiat Habbatus Sauda


Perihal Habbatus Sauda :-
  • Habbatus sauda kaya dgn monosacharide, glucose, xylose, polysaccharides, asid lemak tak tepu (iaitu tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah pemakanan asid amino yg akan membentuk protein karotene iaitu Vitamin A, Kalsium, Zat Besi & lain-lain).
  • Habbatus sauda dapat meancarkan perjalanan darah, menambah keupayaan seksual & menyembuhkan penyakit secara semulajadi.
Oleh itu, dgn menguyah 3-7 biji habbatus sauda setiap hari sudah memadai utk anda menikmati segala khasiat & kebaikannya, amat digalakkan sebagai langkah penjagaan & rawatan kesihatan secara menyeluruh.
 

Nak tahu keistimewaan lain habbatus sauda? Ye.. habbatus sauda boleh mengatasi kemalasan, menguatkan semangat & meningkatkan tahap spiritual.

Selain itu, habbatus sauda digunakan utk meredakan masalah batuk, asthma, kencing manis, cirit-birit, sakit telinga, sakit mata, senak perut, keguguran rambut, sakit kepala, demam, tekanan darah tinggi, kemurungan, insomnia (susah tidur malam), kesakitan otot, loya & muntah, alahan kulit serta sakit gigi.

Kajian saintifik membuktikan rahsia kelebihan sebatian kimia alami dlm Habbatus Sauda mampu bertindak menguatkan sistem imuninasi tubuh, anti-alahan, anti-ketumbuhan, anti-bakteria, anti-keradangan di samping merangsang antibiotik semulajadi.

KHASIAT KOLOGEN ASLI

Hiii.....saja sya nak share ngan korang khasiat kologen nie, sya pun dah makan kolegen ni selama 1bulan...jom kita lihat khasiatnya....

Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.

SANGAT DISARANKAN UNTUK MEREKA:-
Bermasalah kulit (menghapuskan jerawat muka/badan, kudis, kegatalan)-luka kemalangan/pembedahan (mempercepatkan kesembuhan kecederaan)-warga emas, sakit terlantar/uzur (untuk memulihkan tenaga)

KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI:-
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)

Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori2 kulit wajah mengecil dan tampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. 


Haaa...macam mana, dah baca dan berminat....???

Apa pun selamat mencuba bagi yang ingin mencuba

Thursday, March 14, 2013

Bayi Menerima Layanan Jururawat Yang Tidak Bertanggungjawab

Semalam di Facebook hangat memperkatakan berkaitan gambar Bayi yang berdarah akibat tercabut branula. Adakah jururawat yang bertugas ataupun bayi tersebut perlu dipersalahkan.......





Apa yang menarik minat sya berkaitan kes ini adalahkata-kata yang dikeluarkan oleh jururawat tersebut adalah :-

"Kalau xsuka benda macam ini, jangan masuk hospital kerajaan..."

Dalam hal ini sya tidak menyalahkan sesiapa kerana branula/ IV line/ saluran untuk memasukkan air atau ubat kepada pesakit senang tercabut bagi seseorang bayi ataupun kanak-kanak kerana mereka masih belum tahu untuk menjaga sesuatu....sya sendiri pun susah juga hendak menjaga anak yang telah dicucuk branula kerana mereka selalunya aktif dan tidak boleh duduk diam walaupun sesaat selain daripada tido.

Pada sya, jururawat itu tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang demikian kerana ianya hanya akan menjejaskan imej kakitangan awam, sekaligus mencemarkan imej Kementerian Kesihatan.

Apapun nasihat sya kepada jururawat berkaitan layanlah pesakit seperti anda melayan keluarga anda sendiri, kerana suatu masa nanti anda pasti akan berada dalam situasi yang sama dan memerlukan pendekatan dan layanan yang baik.


Tuesday, March 12, 2013

Apam Polkadots

Baru-baru ni Sya ada try bwt apam polkadots....just nak share dengan korang yang resepi Sya cedok tu memang menjadi klu ikut step yang dia bagi.

APAM STRAWBERI
Resepi : Ain Rusli 
Sumber: Majalah Rasa  

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair 
2 biji telur 
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing 
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas  

Langkah-langkahnya:
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.  

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar.  Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

~~☆☆★★♥♥★★☆☆~~

Apam yang sya buat merekah sikit sebab tak jaga api...huhuhu...

Apa pun selamat mencuba...

c