jom klik

Monday, January 23, 2012

‘Couple’ Yang Halal...




Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan
bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi
tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai ‘nikah gantung’ .Nikah khitbah
ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber’couple ’ dan bercinta dengan pasangan
kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan
sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih
menepati khitbah secara Islam.

‘Couple’ lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
‘Couple’ lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??

“Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari
diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya
dikembangkan laki- laki dan wanita- wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah
dengan (menggunakan) nama- Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan
(peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi
kamu.” (An- Nisa’: 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah
pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh
Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah
langkah seperti ‘nikah khitbah’ ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi
‘couple’ dengan romantik dan halal.
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan
berkekalan sampai jannah. Alhamdulillah


sumber : Iluvislam

No comments:

c