jom klik

Sunday, May 28, 2017

Coretan Memori

Hari ini genap ulangtahun perkahwinan kita dan harini juga genap setahun abang pergi meninggalkan kami sekeluarga...
Al-Fatihah buat abang di sana, juga buat kedua ibu bapa tercinta yang pergi mendahului aku. Semoga kalian ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.
Dalam kerinduan ku semat kekuatan
Dalam kepasrahan ku titip semangat pengharapan
Demi anugerah yang ditinggalkan
Agar menjadi yang terbaik dikalangan insan

Di dalam keceriaan terselit seribu satu kisah, yang kadangkala tidak dapat digambarkan dalam sebuah penceritaan.
Semangat ku kutip dari cebisan ingatan
Di sokong pula dengan ikatan kekeluargaan
Terima kasih buat seluruh saudaraku
Kerana senantiasa setia membantu baik untuk anak-anak dan juga diriku

Kehidupan tidak selalunya cerah, seringkali aku di uji, dan aku redha dengan ketentuaan mu Ya Allah. Kerana dalam setiap kesukaran pasti ada kesenangan, In Shaa Allah....
c