jom klik
Sunday, December 11, 2011
SENTUHAN JIWA...
Sejenak membuatku merasa kerinduan
Terhadapmu ibu dan ayah ku
Menjaga dan membesarkan ku
Serta kasih dan sayang yang kau berikan kepadaku
Semakinku meningkat remaja
aku mulai memberontak tuk mengikut peredaran masa
namun kau tetap bertegas menarikku
menambatku dengan kasihmu agar aku tidak hanyut dengan peredaran itu
Tatkala aku telah dewasa
kaulah tempat untukku mengadu
disaat aku kebuntuan dalam mencari pegangan
disitu adanya engkau memberi bimbingan kepadaku
Dikala kau pergi meninggalkanku
nasihat dan pesananmu menjadi peganganku
setelah kau tiada disisiku
baruku sedar bertapa tingginya gelora badai menghimpit kehidupan
Sekuat mana peganganku
setinggi mana kesabaranku
aku amat memerlukan mu
disaat badai menghempas diriku
Disaat ini hanya aku mampu berdoa
agar dapat melepasi halangan yang terbentang dihadapanku
dan doaku untukmu
agar allah menempatkan kamu dikalangan orang2 yang beriman
Sesungguhnya ibu dan ayahku
bahawa anakmu ini amat merindui mu
dan anakmu ini akan berusaha memperbaiki diri ini
serta cuba membahagiakan keluarga baru ku ini
berdasarkan pegangan dan nasihatmu itu.....
Saturday, October 8, 2011
Bayi 23 hari diliwat bapa
"GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera."
credit to MyMetro
betol2 xda keperimanusiaan, sedangkan binatang pn tau nk jga anak..haishh...