jom klik

Saturday, December 14, 2013

Pelajar Tahfiz, Bunuh Diri Atau Mati Dibunuh??


Nampaknya dah macam-macam spekulasi timbul berikutan penemuan mayat pelajar Tingkatan 4 Sekolah Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman di tandas sekolah tersebut kelmarin.
Terbaru ada yang mendakwa keputusan bedah siasat mengesahkan memang Wan Ahmad Faris sebenarnya telah dibunuh terlebih dahulu!
Wah, ini dah lain macam.
Sebenarnya memang ada kecenderungan seseorang pembunuh yang akan cuba menutup perbuatannya dengan menggantung mangsanya, ini bagi mengaburi perbuatan tersebut dari pihak berkuasa…seolah-olah mangsa membunuh dirinya sendiri.
Dalam rekod jenayah negara, kes seperti itu pernah dikesan dalam siasatan pembunuhan kejam seorang wanita di Pulau Pinang oleh teman lelakinya.
Apapun kita tunggu laporan penuh daripada pihak polis.
Ini penting untuk mengelakkan kes ini daripada terus menjadi bualan dan spekulasi dari orang ramai.

Sumber : http://terengganutoday.com/muka-hadapan/kisah-sebenar-di-sebalik-kematian-pelajar-tahfiz-di-kelantan

No comments:

c